CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 31, 2007

love and miss u all


(Dalam kenangan STAM 2006)

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

tuk selamanya





Thursday, March 29, 2007

abang nak beli kuih??

Peminta Sedekah....buknlah suatu yg asing di morocco..sering kali ku lihat wajah2 kelmarin berlegar-legar di sepanjang perjalanan ku ke jamiah..pelbagai tafsiranku tntng mereka..adakalanya simpati menerjah fikiran tika aku kenangkan hanya dgn beberapa dirham yg kuhulurkan..boleh jadi itula santapannya hari itu..adakalanya rasa nk marah..knp mereka mmbiarkan maruah mereka diinjak-injak??bukankah mereka masih punya kudrat utk mencari rezeki?? sedangkan islam itu sendiri menggalakkn umatnya utk mencari rezeki bukn meminta-minta diats ehsan org lain..tersentuh hati tika kubaca kisah benar yg berlaku kepada saudara seislam kita..moga sedikit sebanyak mmberi pengajaran kepada kita semua..waallahua3lam

Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih k urang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak t! adi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... "Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.& nbsp; katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meni ngkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya me ngemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

Wednesday, March 28, 2007

5 jari menyimpan rahsia

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

naik kepada jari ketiga pula. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.bila kita hampir tersungkur..gemgamlah ke lima2 jari ini..kemudian laungkanla impian anda..i'Allah mmpu mmberi anda kekuatan utk bngkit kembali.

firman Allah s.w.t"apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang-temulangnya?bahkan sebenarnya kami berkuasa untuk menyusun kembali jari-jemarinya dgn sempurna"{surah al-qiyamah:3&4}

cuba perhatikan pula cap jari kita.lihat garisan2 yg terukir di atas setiap jari tersebut,unik kan??adakah sama corak garisannya ??lihatla kebesaran Allah s.w.t.dia menciptakan 10 jari tgn pada setiap manusia dan setiap jari mmpunyai corak dan garisan yg tersendiri,dan tidak ada manusia pun di dunia ini yg mmpunyai bentu corak garisan yg sama .

firman Allah s.w.t"bahkan! kami berkuasa menyusun jari jemarinya.akan tetapi manusia itu suka melakukan dosa"(al-qiyamah:4&5)

Sunday, March 25, 2007

demi kebahagiaanmu kakak

agak lama gak tak post cerita2 menarik..cerita kali nie kisah tntg kasih sayang seorg adeq,kisah nie kisah benar...tapi bukn berlaku pada diriku..pada diri 2 insan yg mengerti nilai sebuanh pengorbanan dan kasih sayang.waallahua3lam..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakangaku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok
ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikildan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Saturday, March 24, 2007

Jejak Ilmuan Peristis Generasi Cemerlang

PELAPIS atau dikenali sebagai Program Latihan Pendakwah Islam yg Bertemakan "jejak ilmuan perintis generasi cemerlang" bemula pada 23 march 2007 bersamaan dgn 4 rabiul awal 1428 hijrah..bertempat di daerah rabat morocco..mmbuka satu dimensi baru buat student malaysia di moocco amnya dan khususnya kepada student2 baru..sedikit sebnyk program ini telah mmberi imput yg berguna utk pelapis2 baru dalam usaha menyebarkan dakwah islamiah di smping menmbahkan ilmu pengetahuan yg bermanfaat.

Alloh Subhanahu wa Ta'ala berfirman, yang artinya: “ Barang siapa yang mengerjakan amal baik, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS: An-Nahl : 97)

Kita semua telah sedia maklum bahwa Islam itu dimulai dari menuntut ilmu, tentang Islam itu sendiri Tidak langsung mengamalkan suatu amalan yang amalan itu mungkin belum jelas apakah ada dasarnya dari Al-Qur’an atau As-Sunnah.acap kali kita terlepas pndang tntg sesuatu perkara,boleh jadi perkara tersebut mungkin menimbulkn salah faham bg sesetengah individu yg mmg sedia cetek ilmu pengetahuan tntg agama ataupun yg masih mencari- cari pengetahuan agama..jadi penting bagi kita utk "menaqolkan" sesuatu ilmu itu sama ada diambil dr masdarnya ataupun mana2 maroji3 supaya boleh dirujuk kembali jika timbul sbrg kemuyhkilan..kerana manusia akhir zaman ini lebih byk mempersoalkan perihal sesuatu perkara drpd berusaha utk mengambil manfaat ataupun faedah dr perkara tersebut..sebagai seorg yg bergelar penuntut ilmu agama,kita tidak mungkin terlepas dr dihujani dgn pelbagai persoalan yg ditimbulkn oleh masyarakat khususnya.

ummul mu'minin,ummul abdillah:aisyah radhiallahuanha berkata:Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda:"siapa yg mengada-adakan dlm urusan agama kami ini yg bukn berasal darinya,maka dia tertolak"(riwayat bukhori dan muslim)

mudah2an kita terpelihara dr menjadi ulama yg sesat lagi menyesatkan..wallahua3alam..

Monday, March 12, 2007

ukhwah fillah

"terima kasih" dan "mintak maaf"..2 perkataan yg cukup simple namun sukar utk dilafazkan..bagi diriku..mmbawa seribu makna..menjadi azimat dlm persahabatan,jarang sekali kita ucapkan"terima kasih" mahupun"minta maaf" pada sahabat kita..kadang kala ada hati yg terluka..ada jiwa yg terasa,namun ada yg x menyedari betapa ajaib nya dua perkataan nie jika lafazkan..alhamdulillah..seronok bila aku lihat telatah daq2 vj timing pas makan..acap kali menyebut"terima kasih" dlm bhs arab disebut "syukran" kalo la timing tue penat sekalipun..bila dgr sahabat ucpkan terima kasih rase cm sume kepenatan tue hilang serta merta..harap2 terus diamalkn smpai bila2..nmpak mudah tapi itula pengikat kaseh antara kita.."mintak maaf"simple jea nk sebut..dlm bhs arab kita sebut "asiff" sukar dilafaz tpi mmbawa erti bagi meraka yg mengerti.."terasa" seorg sahabat sukar di ubati..boleh jadi disimpan didlm hati..adakala tingkah laku mahupun perbuatan kita mmbuat hati insan lain terguris..hanya dgn ucapan "mintak maaf" sudah cukup bg sekeping hati menilai sebuah kesilapan..cukupla ikhlas menjadi pengikat antara keduaanya..alhamdulillah..aku masih mendengar perkataan ini meniti dibibir ahli2 baitku..timing pas solat jemaah..sering kali ku dgr perkataan ini..rase tenang bila dgr perkataan tue..walaupun mmg kemaafan itu telah kuberikan..namun acap kali kalian meluahkannya terasa bukan sekadar kemaafan yg kuberi tapi untaian kaseh sayang kusulamkan buat kalian..moga ia terus menjadi pengikat ukhwah kita disini..buat sahabat semua..renunglah kembali pershabatan yg terjalin.binalah sebuah ikatan ukhwan yg diredhoi oleh Allah..mudah2an kita menjadi sebaik-baik hambaNya didunia dan akhirat..teman yg sejati membawa kesyurga..bersama-sama memikul beban dakwah dlm susah mahupun senang..moga ukhwah ini akan terus mekar mewangi mnghiasi tiap episod perjuangan di bumi andalus.

Sunday, March 11, 2007

kenapa wanita menangis??

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa. Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ? Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi. Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
" Ini airmata kehidupan.

p/s:antara sedar ataupun tidak..berapa byk kali kita telah mmbuat seorg ibu mengalirkan air mata,,sama ada airmata kegembiraan ataupun airmata kesedihan..setitis air mata ibu mmbawa seribu makna yg tersirat..moga kita dipelihara dr menjadi anak yg derhaka..walaupun dgn setitis air mata seorg ibu...

Wednesday, March 7, 2007

bayangan sebuah kehidupan

Seorang budak mengisi waktu luang dengan kegiatan mendaki gunung bersama ayahnya. Entah mengapa, tiba-tiba dia tersandung akar pohon dan jatuh. "Aduhh!" jeritannya memecah
keheningan suasana pegunungan. dia amat terkejut, ketika ia mendengar suara di kejauhan menirukan teriakannya persis sama, "Aduhh!". Dasar anak-anak, ia berteriak lagi, "Hei! Siapa kau?" Jawaban yang terdengar, "Hei! Siapa kau?" Lantaran kesal mengetahui suaranya selalu ditirukan, si anak berseru, "Pengecut kamu!" Lagi-lagi ia terkejut ketika suara dari sana membalasnya dengan umpatan serupa. Ia bertanya kepada sang ayah, "Apa yang terjadi?" Dengan penuh kearifan sang ayah tersenyum, "Anakku, coba perhatikan." Lelaki itu berkata keras, "Saya kagum padamu!" Suara di kejauhan menjawab, Saya kagum padamu!" Sekali lagi sang ayah berteriak "Kamu sang juara!" Suara itu menjawab, "Kamu sang juara!" si anak sangat keheranan, meski demikian ia tetap belum mengerti. Lalu sang ayah menjelaskan, "Suara itu adalah gema, tapi sesungguhnya itulah kehidupan."

p/s >Kehidupan memberi umpan balik atas semua ucapan dan tindakanmu. Dengan kata lain, kehidupan kita adalah sebuah pantulan atau bayangan atas tindakan kita. Bila kamu ingin mendapatkan lebih banyak cinta di dunia ini, ya ciptakan cinta di dalam hatimu.Bila kamu menginginkan tim kerjamu punya kemampuan tinggi, ya tingkatkan kemampuan itu. Hidup akan memberikan kembali segala sesuatu yang telah kau berikan kepadanya. Ingat, hidup bukan sebuah kebetulan tapi sebuah bayangan dirimu.

fakta menarik

Tubuh Manusia
>Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.
>97% manusia kat dunia nie tidak boleh menjilat siku sendiri...!!!!
>Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
>Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan
suara.
>Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah
96 km sejam.
>Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
>Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk
jantung.
>Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.
>Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun
lebih pendek.waallahua3lam
>Kanak-kanak membesar lebih cepat di musim panas.
>Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu
>Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang
berambut hitam.
>Jika anda buta sebelang mata, anda hanya kehilangan 1/5
penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
>Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.
>Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut.
>Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,00
>Jika diukurpanjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang
manusia ialah 30 meter..
>Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung
di atas kematian kucing mereka.
>Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta
satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang
>Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi
hanya 5% saja yang digunakan.
>Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
>15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat
>80 peratus tubuh manusia adalah air
>Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah
sehingga 30 kaki.
>Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda
cuma ada 206 tulang.
>Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
>Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
>Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali
sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
>Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
>Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

Umum
>Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn
bungkah ais.
>Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana
pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana
buihnya yang naik ke atas.
>Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi
jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu
bila kita flush.
>Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap
bakal seorang pemimpin.jgn nk perasan bg sape yg idung bengkok..!!!
>Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma
darah.
>Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
>Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
>Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
>1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi
>Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896.
Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
>Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan
kebanyakannya ialah kertas.
>Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.
>Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
>Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
>Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
>Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang
tak ada misai.
>Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
>Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
>Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut
arah jam.
>Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam,
anda akhirnya akan pengsan.
>Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
>Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser
paru-paru.
p/s:lebih dr 98% mrk yg mmbace fakta ini..cuba menjilat sikunya sendiri..ish2x
untuk mengetahui lebih banyak fakta2 menarik sila ke laman web
www.aimanku.com..

Tuesday, March 6, 2007

senja yang menginsafkan

" Elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung."Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja."Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?""Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang , Begitu juga dengan isterinya,Julia."Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur."Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti.""Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya."Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was."Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi."Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... .di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... .. BANG!!."Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda... .mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Juliamenangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat."Maca mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!