CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

Wanita, kerjaya & masa depan islam

Topik: Wanita, kerjaya dan masa depan islam

Tempat : Confrence [ yahoo mesengger ]

Penglibatan : Akhowat Maghribi


Tarikh 19/01/09 yang lalu dibuat Usrah Online bertajuk wanita, kerjaya dan masa depan islam. Isu perbincangan berkisar tentang wajar ke x wanita bekerja?? & peranan wanita kepada ummah.

Sekilas wanita, kerjaya dan masa depan islam.

Wanita boleh bekerja asalkan mendapat persetujuan suami yang paling utama, dan terdapat beberapa etika ataupun syarat2 yang disepakati ulama bagi wanita yang bekerja click! . Islam tidak menyekat kebebasan setiap individu, baik lelaki mahupun wanita, setiap aturan islam itu sangat cantik jika kita fahami hikmah yang tersirat. Bagi wanita yang bekerja untuk meringankan beban suami atau keluarganya merupakan suatu penghargaan yang sangat besar kepada mereka. Cuba anda fikirkan? berapa banyak pekerjaan yang dia lakukan dalam satu hari.. memenuhi keperluan majikan, anak-anak, suami, rumah dan sebagainya..[ mampukah dilakukan oleh insan biasa ?? ]. Wanita fitrahnya lembut namun mampu mengendong bebanan sehebat itu. Kebanyakkan yang bekerja adalah untuk membantu meringankan bebanan suami mahupun keluarga dan ada yang bekerja sekadar memenuhi keinginan peribadi. Selayaknya bagi wanita itu adalah di " rumah", jika bekerja sekadar untuk memenuhi keinginan peribadi itu bukanlan satu alasan yang kukuh dan wajar untuk anda bekerja, namun jika sebaliknya binalah perbincangan yang baik. Satu perkara yang kita terlepas pandang tentang pendidikan dan tarbiah anak-anak " generasi yang baik adalah dari asuhan tangan yang baik" . Wanita yang bekerja itu bukanlah bermakna urusan nafkah itu telah bertukar tangan kepada isteri, sehingga dengan tanpa apa-apa perasaan suami merelakan si isteri yang menanggung perbelanjaan seharian keluarga. " bila tidak faham urusan nafkah itu tanggungjawab siapa maka masyarakat akan menjadi kelam kabut". Ada yang berpandangan kerana mahukan persamaan taraf antara wanita dan lelaki dalam pelbagai aspek, islam sendiri tidak membezakan diantara lelaki dan wanita..fenomena" tendency" ini wujud dalam masyarakat kita pada hari ini. Hakikatnya, Allah subahanahu wa taala meletakkan segala sesuatu sangat sesuai mengikut fungsi dan fitrah ia diciptakan. "Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita" (AI Baqarah : 187).




* Reminder : Usrah Online Hawa Maghribi : Isnin depan 2/02/09 [ mutiah akan lead pula, mekasih mutiah..=) ]

* To Nabila akak x tau awk baca atau x offline msg akak, akak fikir mybe awk sibuk..insyaAllah UO akan datang awak atau kak syirut akan lead pula k [ syirut kamu ada tugasan esok sebab tue k.tie tangguhkan dlu yg kamu =) ]



Friday, January 30, 2009

kembali & " Forum Hawa Rabat "

Assalamualaikum warohmatullahi taala wabarokaatuh..

Kembali untuk rehat yang panjang dari dunia blogger. Ramai yang bertanya sebab apa berhenti menulis?? [ sangat banyak sebab, sukar untuk diungkapkan ]

Kembali semula ber " blog" sebab utamanya nak salurkan info-info tentang Usrah dan perkongsian2 lain yang dirasakan sesuai, InsyaAllah. Disebabkan malas nak buat baru jadinya korang kene terima tapak lama ini yang tidak langsung diberi nafas baru seperti blog2 anda semua, jadinya ini sahajala yang seadanya [ mudah+x yah susah2 nak fikir ]. InsyaAllah segala info akan dimuatkan di sini, apa2 komen @ pandangan sangatla dialu-alukan.

* to Anak2 Usrah : pasnie rajin2 lawat sini tgok info2 usrah k [ insyaAllah k.tie cuba update ]
* terus mantain dgn usrah2 wilayah masing2
* Untuk Usrah Rabat : prepare memolek untuk forum hawa ahad nie. [ bukan ingin mencari team mne yg terbaik tapi pengisiannya yang lebih utama, InsyaAllah ]

Sedikit info tentang " Forum Hawa " Rabat :

Tempat : Villa Himayatul Lu'Luah
Tarikh : 1/02/09- Ahad
Masa : 9.30-12.00 tgh hari
Penglibatan : Muslimat Only! Akhowat dari wilayah lain boleh pakat2 datang, kalo x dpt dtg boleh tonton melalui webcame atau dengar melalui confrence k. [ sila buzz k.tie @ syirut pd hari tersebut utk lihat forum ]


Perjalanan Program :

Forum ini dipecahkan kepada 2 buah kumpulan, perwakilan setiap team 4 orang [ sudah di undi - tanpa spr ] tajuk bagi VK : berdasarkan surah al-ahzab ayat ke 33 berkenaan dgn tabarruj, untuk himayatul lu'luah pula ayat 59 surah yg sama tentang pakaian yg menutup aurat.

* Perjalanan forum lebih kepada " teamwork", terpulangla pada antunna semua nak hasilkan persembahan macam mne..jgn bertukar forum jadi nasyid dan sebagainya dahla..

contohnye:

1) boleh buat tema

2) bentuk persembahan yang kreatif

3) demo, selingan lakonan, atau apa2 sahajalah yg dirasakan sesuai dan tidak melanggar syara'

Kita buat santai2 gitu, xde formal2 sgt..mse diperuntukkan dlm 45 minit lebih sikit pun xpe..bagi yang dinobatkan sebagai ahli panel dan pengerusi..tahniah..slmt membuat research, cari2 bahan..tambah2 info dan maklumat..[ sgt banyak kebaikan untuk anda2 yg ter" undi ] utk yg x ter"undi.. sedia2 juga..! anda mungkin menjadi sasaran pada hari tersebut Jadi kesimpulannya, semua terlibat di dalam Forum ini.

~ p/s : untuk naqibah dari daerah lain, boleh wujudkan forum juga ditempat anda, maklumkan waktu dan pengisian, bagi yang berkesempatan untuk hadir memeriahkan lagi majlis, marhaban!

Thursday, November 29, 2007

Ayat Kursi penguat semangat Aminah

“SAYA bersyukur bergelar Muslim. Islam adalah kehidupan saya. Ia umpama degupan jantung, darah yang mengalir ke seluruh tubuh ini, sumber kekuatan dan kehadirannya menjadikan hidup saya ini penuh bermakna dan bahagia. Tanpanya, siapalah saya dan seandainya Allah memalingkan kenikmatan-Nya daripada diri ini, maka bagaimana untuk aku terus bertahan...,” luah cendekiawan wanita Islam terkemuka, Aminah Assilmi dalam setiap ceramahnya di serata dunia terutamanya di sekitar Amerika Syarikat.Menurut wanita yang menjadi ahli Southern Baptist, berfahaman radikal dan memiliki kerjaya sebagai wartawan penyiaran, semasa di zaman persekolahan peringkat tinggi beliau merupakan seorang pelajar yang berkaliber luar biasa, cemerlang di sekolah, menerima biasiswa, mengendalikan perniagaannya sendiri malah sentiasa bersaing dengan golongan profesional dan tidak kurang juga dengan penerimaan anugerah.

Pada 1975, ia adalah kali pertama urusan prapendaftaran ke kelas-kelas pengajian di kolej beliau menggunakan sistem komputer. Pada masa itu Aminah sedang menyiapkan pengajian peringkat ijazah tentang rekreasi. Selepas selesai mendaftar, Aminah terus ke Oklahoma City untuk urusan perniagaan.Beliau terlewat dua minggu ke kelas namun tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertinggal dalam tempoh tersebut tetapi apa yang memeranjatkan Aminah apabila dia menyedari terdapat kesilapan komputer yang telah mendaftarkannya dalam kelas teater, kelas di mana setiap pelajarnya mestilah melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai.Aminah bagai tidak percaya, bagaimana semua itu boleh terjadi ke atasnya. Ditambah pula memikirkan dirinya seorang yang berat mulut, apalagi untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Lebih membingungkan, untuk menarik diri dari kelas tersebut memang sudah terlambat. Pada masa yang sama, kegagalan tidak termasuk dalam kamus kehidupannya.Akur dengan nasihat suami, Aminah menemui guru kelas berharap supaya ada alternatif yang boleh dilakukan. Berkeyakinan dengan kata-kata guru itu, Aminah terus ke kelas sebelah, dia sekali dikejutkan, kehadiran pelajar berbangsa Arab di situ. Aminah kembali ke rumah dan mengambil keputusan tidak menyertai kelas itu.Seperti biasa, suami seorang yang tenang menjelaskan mungkin apa yang dilaluinya itu ada sebab-sebab tertentu daripada Tuhan. Malah menasihatkan Aminah agar memikirkannya masak-masak sebelum mengambil keputusan berhenti. Lebih-lebih lagi, dia telah menerima tajaan biasiswa.Aminah mengunci dirinya di dalam bilik sebelum keluar dua hari kemudian dan menerima kata-kata suaminya dan merasakan dia adalah insan terpilih untuk membawa kumpulan Arab itu kepada agama Kristian.

Keyakinan ini menjadikan kehadirannya di kelas itu punyai misi khas dan mesti diperjuangkan. Lantaran itu, Aminah cuba membuka tajuk-tajuk perbincangan mengenai agama Kristian dengan teman-teman sekelas yang berbangsa Arab.Selepas beberapa siri penerangan yang dilakukan, ia tidak menampakkan hasil maka Aminah merancang untuk sesuatu yang berbeza iaitu membacakan kitab agamanya yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama palsu begitu juga dengan Nabi Muhammad.Pada masa yang sama, datang seorang pelajar Muslim yang memberikannya senaskhah al-Quran dan sebuah buku tentang Islam. Dengan dua buku ini, Aminah memulakan penyelidikannya. Berkali-kali dia membacanya.

Sepanjang pengkajiannya itu, Aminah mula mencari bukti bagi menyokong apa yang diuar-uarkan selama ini tentang kepalsuan agama Islam.Walau bagaimanapun, tanpa Aminah sedari, dirinya mengalami perubahan yang dikira amat kecil namun telah berjaya dihidu oleh suaminya. “Kalau sebelum ini kami akan pergi minum-minum atau berpesta pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, tetapi kini sudah tidak lagi. Saya menjadi lebih pendiam dan bersikap dingin,” katanya.Aminah sudah berhenti meneguk minuman keras dan makan daging khinzir. Suaminya menuduh Aminah berlaku curang. Akhirnya, Aminah dihalau keluar dan kesudahannya mereka tinggal berasingan.

Aminah masih meneruskan pembelajarannya tentang Islam. Walaupun berlaku perubahan dalaman namun dia masih kekal seorang penganut Kristian yang warak.Tiba-tiba pada suatu hari, pintunya diketuk seorang lelaki Muslim lengkap berpakaian jubah bernama Abdul Aziz Al-Sheik yang turut ditemani tiga lelaki dengan penampilan serupa.Beliau terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu apatah lagi pada waktu malam. Lelaki itu memberitahu bahawa dia mengetahui akan hasrat Aminah untuk memeluk Islam.Dalam keadaan terkejut itu, sempat Aminah menafikannya dengan memberitahu bahawa dirinya seorang Kristian dan dia langsung tidak berhajat bergelar Muslim. Pun begitu, Aminah ingin mengajukan beberapa soalan.

Setelah dipelawa, mereka pun masuk. Aminah pun mula bertanya pelbagai persoalan yang berserabut di fikirannya. Alhamdulillah, segala penerangan Abdul Aziz begitu mudah difahami, jelas dan lengkap.Ia umpama seperti kita melihat bagaimana bunga berkembang. Akhirnya pada 21 Mei 1977, Aminah melafazkan syahadah di hadapan Abdul Aziz.Seperti saudara-saudara baru lain yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan penyisihan, Aminah juga tidak terkecuali. Dia kehilangan ramai teman dengan alasan dia sudah tidak seronok diajak berdampingan.Ibunya pula tidak mengakuinya sebagai anak. Kakaknya mengatakan dia sudah gila dan merancang menghantarnya ke hospital sakit otak. Bapa yang terkenal dengan sikapnya yang tenang, seorang pendengar setia, seperti masuk hantu sebaik mendengar berita Aminah. Kini beliau bersendirian, tanpa teman-teman dan keluarga.

Tidak berapa lama kemudian, Aminah mula memakai tudung. Pada hari dia menyarungkan tudung itu, majikannya memberhentikannya. Dia kini bukan sahaja kehilangan teman, keluarga tetapi juga pekerjaan.Perkahwinannya semakin menjadi runcing seperti retak menanti belah. Aminah turut hilang hak penjagaan ke atas dua orang anak-anaknya yang masih kecil. Hakim memberinya pilihan sama ada melepaskan agamanya dan mendapat hak penjagaan atau pilih Islam dan hilang anak-anak.Aminah diberi masa 20 minit untuk memikirkannya dan membuat pilihan.

Kecintaannya kepada Allah Yang Esa mengatasi segalanya. Aminah yakin bahawa tiada tempat yang selamat di dunia ini selain di tangan Allah. Seandainya di menolak Allah, mungkin sukar pada masa hadapan untuk dia menunjukkan kepada anak-anaknya bahawa kemanisan dan kenikmatan berada di sisi-Nya.Oleh itu, beliau memutuskan tetap dalam Islam. Anak lelaki dan anak perempuannya yang masih kecil telah diserahkan kepada bekas suami.Bagi seorang ibu, inilah pengorbanan paling besar, pengorbanan bukan kerana wang ringgit atau harta dunia tetapi atas dasar kepercayaan dan keyakinan.Aminah meninggalkan perkarangan mahkamah dengan hati yang sebak dan pedih sungguhpun dia mengetahui apa yang dilakukan itu adalah betul. Namun. Aminah menemui ketenangan dari surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud:

Allah tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.Aminah membawa kesnya kepada media. Meskipun dia tidak berjaya mendapat hak penjagaan kembali, tetapi tindakannya merubah sistem perundangan di Colorado di mana seseorang itu tidak boleh dinafikan hak penjagaan anak-anak mereka hanya atas dasar agama.
Sebaik bergelar Muslim, Aminah menjadi seorang yang berbeza. Sehingga walau di mana beliau berada, orang ramai pasti akan tersentuh dengan kata-katanya yang indah serta penampilan budi pekertinya.

Orang pertama daripada kalangan ahli keluarga Aminah yang memeluk Islam ialah neneknya yang sudah berusia lebih 100 tahun. Dia meninggal dunia tidak lama kemudian.Kemudian bapa dan dua tahun selepas pengislaman Aminah, ibunya pula mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kakak Aminah. Anak lelaki Aminah memeluk Islam sebaik usianya mencecah 21 tahun. Enam tahun selepas bercerai, bekas suami Aminah juga memeluk Islam.Aminah kemudiannya berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Barakah. Aminah tidak menyangka dia akan mengandung kerana doktor mengatakan dia tidak boleh lagi melahirkan anak.

Pergorbanan Aminah atas nama Allah rupa-rupanya diberikan balasan yang tidak ternilai harganya. Beliau kini ialah Presiden Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa. Organisasinya berjaya melobi “Eid Stamp” dan ia dipersetujui Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat. Beliau kini dalam usaha menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai cuti umum di negara itu.Keyakinan Aminah pada Pencipta tidak pernah berbelah bahagi. Beliau telah didiagnosis mengidap kanser beberapa tahun lalu. Doktor menjangkakan usianya boleh bertahun untuk tempoh yang singkat. Alhamdulillah, Aminah kini masih lagi sihat. Beliau melihat penyakit yang dihidapinya itu sebagai rahmat paling besar daripada Allah.

Alhamdulillah~

Tuesday, November 13, 2007

semua yang terbaik milikmu



assalamualaikum..
alhamdulillah bersua lagi.. masih lagi diberi kekuatan untuk jari jemari nie mengungkai bicara .. lame juga dibiarkan blog nie sepi..cuba mencari ruang dan masa..sering kali juga ilham datang menjenguk..namun acap kali terkubur deq kerna sang masa yang asyik minta dilangsaikan hajatnya untuk urusan lain yg lebih penting membataskannya menyusun kata,melakar tinta.

aneh kan urusan seseorang mukmin itu?? jika diberi musibah..kemudian dia bersabar..lalu diganjarinya dengan pahala atas kesabarannya menempuhi musibah tersebut dan jika diberinya nikmat kesenangan dan kegembiraan pula kemudian dia mengucapkan syukur..lalu dikurniakan pula pahala atas rasa syukurnya dan ditambah keberkatan dalam hidupnya ..Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk hamba-hambanya tapi pernakah kita berusaha membuat yang terbaik untuk-Nya??? tiap musibah itu penyubur iman,tiap nikmat itu penyeri taqwa..tiap kesakitan itu rahmat kerana penghujungnya pasti bertemu manisnya perjuangan bila mardhotillah menaungi...sebabnya?? semua yang terbaik itu adalah MILIKMU..!!


"dan berbekalah,sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa,dan bertaqwalah kepada-ku hai orang-orang yang berakal" -al baqarah:197-

dari Abu zar dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin jabal radhiayallahu' anhu,dari Rasululullah s.a.w beliau berkata:

"bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan susulilah keburukkan dengan kebaikan,tentu kebaikan itu akan menghapuskan(keburukkan itu) dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik"

(isnadnya hasan,ditakhrij oleh al-tirmizi,hadith no. 2053)

~ kita kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalu tidak sempurna~

Saturday, May 26, 2007

DOA ADAM BUAT HAWA

Wanita yang saya sayangi

Adalah pencipta tuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang mengusai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir...

Waita yang saya rindui
Adalah wanita di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
Sentiasa menbesarkan Allah

Wanita yang saya cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Wanita yang saya impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar- Rahim

Wanita yang saya kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda

Wanita yang saya sukai
Menjadi da'e pada dirinya dan org lain
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal diahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan dibelakang hari

Sesunguhnya
Wanita yang selalu
Berada dalam doaku
adalh Dirimu dan seluruh kaum Hawa.

Saturday, May 19, 2007

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” (QS. Al-Baqorah: 120).

Kisah benar gadis iskandariah
citer bagaimana seorang gadis iskandariah yang menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuahdestinasi di dalam wilayah iskandariah Pakaiannya agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam lingkungan 20 tahun.Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban
menegurnya.....

"Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian
yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu....
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar lelaki.."

Lalu gadis itu menjawab.... "siapakah kamu hai orang tua? apakah di
tangan ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?"

lalu dia ketawa mengejek panjang. lantas cuba memberikan handphonenya
kepada si tua itu sambil berkata..... "ambil handphoneku ini dan hubungilah
ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.." lantas ketawa lagi..

si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. mereka tak menghiraukan lagi
karenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu. 10 minit kemudian
mikrobas sampai ke perhentian... lalu penumpang mula mengejutkan gadis
tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas.. puas di kejutkan, gadis
tersebut tetap tak sedar.... pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang
tak disangka2. para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil
beristighfar kepadaNYA

(petikan daripada manar Islam Jumadal Awwal........ nihayat fatat el
sekendari- pengakhiran hidup gadis iskandariah..subahanallah.

syair Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi:
“Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya.”

Monday, May 14, 2007

Dengan nama Allah yg Mahapengasih lagi Mahapenyayang.

Rasululloh Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: "Tidak masuk Surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom(zahrah) rasa sombong."
Kemudian beliau bersabda, yang artinya: "Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR: Muslim)

jangan sombong dgn apa yg kita ada..Allah berkuasa utk memberi dan menarik kembali nikmatnya..jika ada ilmu yg kamu tahu ajarkn lah..jika ada masalah yg kamu mmpu selesaikan..usaikanlah,jika ada keperluan yg kamu mmpu cukupinya maka segerakanlah..hormatilah org2 disekeliling kalian..tidak kira sebesar mana pun darjat ataupun ilmu mereka..berlaku santun lah kamu pada sesiapa sahaja..hatta pada kanak2 dan org2 yg kurang upaya..sedangkan Rasulullah S.A.w itu sendiri merupakan semulia-mulia manusia dan beliau jugala mnusia yg paling penyantun dikalangan manusia..


Al-Husein cucu beliau menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata: "Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasululloh shallallahu 'alaihi wasallam terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau, ayahku menuturkan: "Beliau shallallahu 'alaihi wasallam senantiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkanya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas. Beliau meninggalkan tiga perkara: "riya', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat." Dan beliau menghindarkan diri dari manusia karena tiga perkara: "beliau tidak suka mencela atau memaki orang lain, beliau tidak suka mencari-cari aib orang lain, dan beliau hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala." Jika beliau berbicara, pembicaraan beliau membuat teman-teman duduknya tertegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung (karena khusyuknya). Jika beliau diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda beliau. Bila ada yang berbicara di hadapan beliau, mereka diam memperhatikannya sampai ia selesai bicara.

Pembicaraan mereka disisi beliau hanyalah pembicaraan yang bermanfaat saja. Beliau tertawa bila mereka tertawa. Beliau takjub bila mereka takjub, dan beliau bersabar menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada beliau, sehingga para sahabat shallallahu 'alaihi wasallam selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu guna memetik faedah. Beliau bersabda, yang artinya: "Bila engkau melihat seseorang yang sedang mencari kebutuhannya, maka bantulah dia." Beliau tidak mau menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya. Beliau juga tidak mau memutuskan pembicaraan seeorang kecuali orang itu melanggar batas, beliau segera menghentikan pembicaraan tersebut dengan melarangnya atau berdiri meninggalkan majlis." (HR: At-Tirmidzi)