CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 29, 2007

Ayat Kursi penguat semangat Aminah

“SAYA bersyukur bergelar Muslim. Islam adalah kehidupan saya. Ia umpama degupan jantung, darah yang mengalir ke seluruh tubuh ini, sumber kekuatan dan kehadirannya menjadikan hidup saya ini penuh bermakna dan bahagia. Tanpanya, siapalah saya dan seandainya Allah memalingkan kenikmatan-Nya daripada diri ini, maka bagaimana untuk aku terus bertahan...,” luah cendekiawan wanita Islam terkemuka, Aminah Assilmi dalam setiap ceramahnya di serata dunia terutamanya di sekitar Amerika Syarikat.Menurut wanita yang menjadi ahli Southern Baptist, berfahaman radikal dan memiliki kerjaya sebagai wartawan penyiaran, semasa di zaman persekolahan peringkat tinggi beliau merupakan seorang pelajar yang berkaliber luar biasa, cemerlang di sekolah, menerima biasiswa, mengendalikan perniagaannya sendiri malah sentiasa bersaing dengan golongan profesional dan tidak kurang juga dengan penerimaan anugerah.

Pada 1975, ia adalah kali pertama urusan prapendaftaran ke kelas-kelas pengajian di kolej beliau menggunakan sistem komputer. Pada masa itu Aminah sedang menyiapkan pengajian peringkat ijazah tentang rekreasi. Selepas selesai mendaftar, Aminah terus ke Oklahoma City untuk urusan perniagaan.Beliau terlewat dua minggu ke kelas namun tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertinggal dalam tempoh tersebut tetapi apa yang memeranjatkan Aminah apabila dia menyedari terdapat kesilapan komputer yang telah mendaftarkannya dalam kelas teater, kelas di mana setiap pelajarnya mestilah melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai.Aminah bagai tidak percaya, bagaimana semua itu boleh terjadi ke atasnya. Ditambah pula memikirkan dirinya seorang yang berat mulut, apalagi untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Lebih membingungkan, untuk menarik diri dari kelas tersebut memang sudah terlambat. Pada masa yang sama, kegagalan tidak termasuk dalam kamus kehidupannya.Akur dengan nasihat suami, Aminah menemui guru kelas berharap supaya ada alternatif yang boleh dilakukan. Berkeyakinan dengan kata-kata guru itu, Aminah terus ke kelas sebelah, dia sekali dikejutkan, kehadiran pelajar berbangsa Arab di situ. Aminah kembali ke rumah dan mengambil keputusan tidak menyertai kelas itu.Seperti biasa, suami seorang yang tenang menjelaskan mungkin apa yang dilaluinya itu ada sebab-sebab tertentu daripada Tuhan. Malah menasihatkan Aminah agar memikirkannya masak-masak sebelum mengambil keputusan berhenti. Lebih-lebih lagi, dia telah menerima tajaan biasiswa.Aminah mengunci dirinya di dalam bilik sebelum keluar dua hari kemudian dan menerima kata-kata suaminya dan merasakan dia adalah insan terpilih untuk membawa kumpulan Arab itu kepada agama Kristian.

Keyakinan ini menjadikan kehadirannya di kelas itu punyai misi khas dan mesti diperjuangkan. Lantaran itu, Aminah cuba membuka tajuk-tajuk perbincangan mengenai agama Kristian dengan teman-teman sekelas yang berbangsa Arab.Selepas beberapa siri penerangan yang dilakukan, ia tidak menampakkan hasil maka Aminah merancang untuk sesuatu yang berbeza iaitu membacakan kitab agamanya yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama palsu begitu juga dengan Nabi Muhammad.Pada masa yang sama, datang seorang pelajar Muslim yang memberikannya senaskhah al-Quran dan sebuah buku tentang Islam. Dengan dua buku ini, Aminah memulakan penyelidikannya. Berkali-kali dia membacanya.

Sepanjang pengkajiannya itu, Aminah mula mencari bukti bagi menyokong apa yang diuar-uarkan selama ini tentang kepalsuan agama Islam.Walau bagaimanapun, tanpa Aminah sedari, dirinya mengalami perubahan yang dikira amat kecil namun telah berjaya dihidu oleh suaminya. “Kalau sebelum ini kami akan pergi minum-minum atau berpesta pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, tetapi kini sudah tidak lagi. Saya menjadi lebih pendiam dan bersikap dingin,” katanya.Aminah sudah berhenti meneguk minuman keras dan makan daging khinzir. Suaminya menuduh Aminah berlaku curang. Akhirnya, Aminah dihalau keluar dan kesudahannya mereka tinggal berasingan.

Aminah masih meneruskan pembelajarannya tentang Islam. Walaupun berlaku perubahan dalaman namun dia masih kekal seorang penganut Kristian yang warak.Tiba-tiba pada suatu hari, pintunya diketuk seorang lelaki Muslim lengkap berpakaian jubah bernama Abdul Aziz Al-Sheik yang turut ditemani tiga lelaki dengan penampilan serupa.Beliau terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu apatah lagi pada waktu malam. Lelaki itu memberitahu bahawa dia mengetahui akan hasrat Aminah untuk memeluk Islam.Dalam keadaan terkejut itu, sempat Aminah menafikannya dengan memberitahu bahawa dirinya seorang Kristian dan dia langsung tidak berhajat bergelar Muslim. Pun begitu, Aminah ingin mengajukan beberapa soalan.

Setelah dipelawa, mereka pun masuk. Aminah pun mula bertanya pelbagai persoalan yang berserabut di fikirannya. Alhamdulillah, segala penerangan Abdul Aziz begitu mudah difahami, jelas dan lengkap.Ia umpama seperti kita melihat bagaimana bunga berkembang. Akhirnya pada 21 Mei 1977, Aminah melafazkan syahadah di hadapan Abdul Aziz.Seperti saudara-saudara baru lain yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan penyisihan, Aminah juga tidak terkecuali. Dia kehilangan ramai teman dengan alasan dia sudah tidak seronok diajak berdampingan.Ibunya pula tidak mengakuinya sebagai anak. Kakaknya mengatakan dia sudah gila dan merancang menghantarnya ke hospital sakit otak. Bapa yang terkenal dengan sikapnya yang tenang, seorang pendengar setia, seperti masuk hantu sebaik mendengar berita Aminah. Kini beliau bersendirian, tanpa teman-teman dan keluarga.

Tidak berapa lama kemudian, Aminah mula memakai tudung. Pada hari dia menyarungkan tudung itu, majikannya memberhentikannya. Dia kini bukan sahaja kehilangan teman, keluarga tetapi juga pekerjaan.Perkahwinannya semakin menjadi runcing seperti retak menanti belah. Aminah turut hilang hak penjagaan ke atas dua orang anak-anaknya yang masih kecil. Hakim memberinya pilihan sama ada melepaskan agamanya dan mendapat hak penjagaan atau pilih Islam dan hilang anak-anak.Aminah diberi masa 20 minit untuk memikirkannya dan membuat pilihan.

Kecintaannya kepada Allah Yang Esa mengatasi segalanya. Aminah yakin bahawa tiada tempat yang selamat di dunia ini selain di tangan Allah. Seandainya di menolak Allah, mungkin sukar pada masa hadapan untuk dia menunjukkan kepada anak-anaknya bahawa kemanisan dan kenikmatan berada di sisi-Nya.Oleh itu, beliau memutuskan tetap dalam Islam. Anak lelaki dan anak perempuannya yang masih kecil telah diserahkan kepada bekas suami.Bagi seorang ibu, inilah pengorbanan paling besar, pengorbanan bukan kerana wang ringgit atau harta dunia tetapi atas dasar kepercayaan dan keyakinan.Aminah meninggalkan perkarangan mahkamah dengan hati yang sebak dan pedih sungguhpun dia mengetahui apa yang dilakukan itu adalah betul. Namun. Aminah menemui ketenangan dari surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud:

Allah tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.Aminah membawa kesnya kepada media. Meskipun dia tidak berjaya mendapat hak penjagaan kembali, tetapi tindakannya merubah sistem perundangan di Colorado di mana seseorang itu tidak boleh dinafikan hak penjagaan anak-anak mereka hanya atas dasar agama.
Sebaik bergelar Muslim, Aminah menjadi seorang yang berbeza. Sehingga walau di mana beliau berada, orang ramai pasti akan tersentuh dengan kata-katanya yang indah serta penampilan budi pekertinya.

Orang pertama daripada kalangan ahli keluarga Aminah yang memeluk Islam ialah neneknya yang sudah berusia lebih 100 tahun. Dia meninggal dunia tidak lama kemudian.Kemudian bapa dan dua tahun selepas pengislaman Aminah, ibunya pula mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kakak Aminah. Anak lelaki Aminah memeluk Islam sebaik usianya mencecah 21 tahun. Enam tahun selepas bercerai, bekas suami Aminah juga memeluk Islam.Aminah kemudiannya berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Barakah. Aminah tidak menyangka dia akan mengandung kerana doktor mengatakan dia tidak boleh lagi melahirkan anak.

Pergorbanan Aminah atas nama Allah rupa-rupanya diberikan balasan yang tidak ternilai harganya. Beliau kini ialah Presiden Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa. Organisasinya berjaya melobi “Eid Stamp” dan ia dipersetujui Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat. Beliau kini dalam usaha menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai cuti umum di negara itu.Keyakinan Aminah pada Pencipta tidak pernah berbelah bahagi. Beliau telah didiagnosis mengidap kanser beberapa tahun lalu. Doktor menjangkakan usianya boleh bertahun untuk tempoh yang singkat. Alhamdulillah, Aminah kini masih lagi sihat. Beliau melihat penyakit yang dihidapinya itu sebagai rahmat paling besar daripada Allah.

Alhamdulillah~

Tuesday, November 13, 2007

semua yang terbaik milikmu



assalamualaikum..
alhamdulillah bersua lagi.. masih lagi diberi kekuatan untuk jari jemari nie mengungkai bicara .. lame juga dibiarkan blog nie sepi..cuba mencari ruang dan masa..sering kali juga ilham datang menjenguk..namun acap kali terkubur deq kerna sang masa yang asyik minta dilangsaikan hajatnya untuk urusan lain yg lebih penting membataskannya menyusun kata,melakar tinta.

aneh kan urusan seseorang mukmin itu?? jika diberi musibah..kemudian dia bersabar..lalu diganjarinya dengan pahala atas kesabarannya menempuhi musibah tersebut dan jika diberinya nikmat kesenangan dan kegembiraan pula kemudian dia mengucapkan syukur..lalu dikurniakan pula pahala atas rasa syukurnya dan ditambah keberkatan dalam hidupnya ..Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk hamba-hambanya tapi pernakah kita berusaha membuat yang terbaik untuk-Nya??? tiap musibah itu penyubur iman,tiap nikmat itu penyeri taqwa..tiap kesakitan itu rahmat kerana penghujungnya pasti bertemu manisnya perjuangan bila mardhotillah menaungi...sebabnya?? semua yang terbaik itu adalah MILIKMU..!!


"dan berbekalah,sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa,dan bertaqwalah kepada-ku hai orang-orang yang berakal" -al baqarah:197-

dari Abu zar dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin jabal radhiayallahu' anhu,dari Rasululullah s.a.w beliau berkata:

"bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan susulilah keburukkan dengan kebaikan,tentu kebaikan itu akan menghapuskan(keburukkan itu) dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik"

(isnadnya hasan,ditakhrij oleh al-tirmizi,hadith no. 2053)

~ kita kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalu tidak sempurna~

Saturday, May 26, 2007

DOA ADAM BUAT HAWA

Wanita yang saya sayangi

Adalah pencipta tuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang mengusai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir...

Waita yang saya rindui
Adalah wanita di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
Sentiasa menbesarkan Allah

Wanita yang saya cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Wanita yang saya impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar- Rahim

Wanita yang saya kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda

Wanita yang saya sukai
Menjadi da'e pada dirinya dan org lain
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal diahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan dibelakang hari

Sesunguhnya
Wanita yang selalu
Berada dalam doaku
adalh Dirimu dan seluruh kaum Hawa.

Saturday, May 19, 2007

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” (QS. Al-Baqorah: 120).

Kisah benar gadis iskandariah
citer bagaimana seorang gadis iskandariah yang menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuahdestinasi di dalam wilayah iskandariah Pakaiannya agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam lingkungan 20 tahun.Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban
menegurnya.....

"Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian
yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu....
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar lelaki.."

Lalu gadis itu menjawab.... "siapakah kamu hai orang tua? apakah di
tangan ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?"

lalu dia ketawa mengejek panjang. lantas cuba memberikan handphonenya
kepada si tua itu sambil berkata..... "ambil handphoneku ini dan hubungilah
ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.." lantas ketawa lagi..

si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. mereka tak menghiraukan lagi
karenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu. 10 minit kemudian
mikrobas sampai ke perhentian... lalu penumpang mula mengejutkan gadis
tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas.. puas di kejutkan, gadis
tersebut tetap tak sedar.... pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang
tak disangka2. para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil
beristighfar kepadaNYA

(petikan daripada manar Islam Jumadal Awwal........ nihayat fatat el
sekendari- pengakhiran hidup gadis iskandariah..subahanallah.

syair Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi:
“Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya.”

Monday, May 14, 2007

Dengan nama Allah yg Mahapengasih lagi Mahapenyayang.

Rasululloh Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: "Tidak masuk Surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom(zahrah) rasa sombong."
Kemudian beliau bersabda, yang artinya: "Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR: Muslim)

jangan sombong dgn apa yg kita ada..Allah berkuasa utk memberi dan menarik kembali nikmatnya..jika ada ilmu yg kamu tahu ajarkn lah..jika ada masalah yg kamu mmpu selesaikan..usaikanlah,jika ada keperluan yg kamu mmpu cukupinya maka segerakanlah..hormatilah org2 disekeliling kalian..tidak kira sebesar mana pun darjat ataupun ilmu mereka..berlaku santun lah kamu pada sesiapa sahaja..hatta pada kanak2 dan org2 yg kurang upaya..sedangkan Rasulullah S.A.w itu sendiri merupakan semulia-mulia manusia dan beliau jugala mnusia yg paling penyantun dikalangan manusia..


Al-Husein cucu beliau menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata: "Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasululloh shallallahu 'alaihi wasallam terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau, ayahku menuturkan: "Beliau shallallahu 'alaihi wasallam senantiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkanya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas. Beliau meninggalkan tiga perkara: "riya', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat." Dan beliau menghindarkan diri dari manusia karena tiga perkara: "beliau tidak suka mencela atau memaki orang lain, beliau tidak suka mencari-cari aib orang lain, dan beliau hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala." Jika beliau berbicara, pembicaraan beliau membuat teman-teman duduknya tertegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung (karena khusyuknya). Jika beliau diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda beliau. Bila ada yang berbicara di hadapan beliau, mereka diam memperhatikannya sampai ia selesai bicara.

Pembicaraan mereka disisi beliau hanyalah pembicaraan yang bermanfaat saja. Beliau tertawa bila mereka tertawa. Beliau takjub bila mereka takjub, dan beliau bersabar menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada beliau, sehingga para sahabat shallallahu 'alaihi wasallam selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu guna memetik faedah. Beliau bersabda, yang artinya: "Bila engkau melihat seseorang yang sedang mencari kebutuhannya, maka bantulah dia." Beliau tidak mau menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya. Beliau juga tidak mau memutuskan pembicaraan seeorang kecuali orang itu melanggar batas, beliau segera menghentikan pembicaraan tersebut dengan melarangnya atau berdiri meninggalkan majlis." (HR: At-Tirmidzi)

Thursday, May 10, 2007

assalamualaikum w.b.t..
mudah2an mndtgkan maanfaat utk semua..berikut adlh pagar diri dr kejahatan jin dan syaitan berlandaskan alquran dan al-sunnah Rasulullah S.A.W,sentiasalah membiasakan diri mengutamakan lafaz "bismillah" dlm tiap perbuatan dan tindakan moga sentiasa dibawah pemeliharaan dan keberkatanNya..amin.

Dalil tentang Adanya Jin Pendamping

Ibn Mas'ud menceritakan, Rasululloh Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, bersabda yang artinya: "Tidaklah salah seorang dari kalian melainkan ada pendampingnya dari golongan jin." Mereka bertanya, "Juga padamu, ya Rasulullah?" "Ya, juga bagiku, hanya saja aku telah mendapat perlindungan dari Allah sehingga aku selamat. Ia tidak memerintahkan aku kecuali kebaikan." (HR Muslim).

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: "Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang setan." Mereka bertanya, "Juga bagimu, ya Rasulullah?" "Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat ."(HR. Ibnu Hibban).

Ibn Mas'ud meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: "Setiap anak Adam mempunyai kelompok, dan bagi malaikat ada kelompok dengan anak Adam. Kelompok setan mengajak kepada kejahatan dan mendustakan yang hak, adapun kelompok malaikat mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang hak. Barang siapa yang mendapatkan yang demikian itu, maka ketahuilah bahwa itu dari Allah dan pujilah Allah, dan barang siapa yang mendapatkan selain itu, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk, kemudian ia membaca asy-syaithanu ya'idukumul-faqra wa ya'murukum bil-fahsya'." (HR. Tirmizi).


(1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

(2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

(3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

(4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

(5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

(6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah. saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

(7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).


Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Munajat hamba padamu
Mengharap kasih sayang-Mu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Semaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasullullah
Padamu ya Habiballah
walau tak pernah bersua
cintaku tetap membara
rayuan rindu by raihan

Rinduku ya Rasullullah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlakmu
engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is juat for You
Knowing You... Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know our God
Feel the tortures of hell's fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Bertemu Allah yang Esa
Menjadi idaman kalbu

Wednesday, May 9, 2007

Assalamualaikum..
rindu..!!tue jea yg mampu terluah..dh lama blog nie sepi tak berupdate.Asyik teringat jea nk post something kat teratak nie tapi acap kali mase tak mengizinkan so just hanya ziarah2 jea tgok2 khabar pengunjung..kene wat preparation tuk final exam nie..mudah2an sentiasa diberkati tiap usaha dan dipermudahkanNya..hari2 teringat nak post..hari nie kene antr gak post..mudah2an sentiasa diberi ilham dan kesabaran dlm perkara kebaikkan..Amin.

Alloh Subhanahu wa Ta'ala berfirman, yang artinya: "Demi waktu. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholeh yang saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran." (QS: Al-'Ashr 1-3)

mudah2an beroleh manfaat buat ana dan antum sume..

"Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tdk ada naungan kecuali naungan-Nya. 1. Pemimpin yg adil, 2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, 3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid 4. Dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, 5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, 'Aku takut kepada Allah!', 6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kirinya dan 7. Seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dr kedua matanya" (HR. Bukhari & Muslim)

sungguh janji Allah itu pasti..moga kita tergolong dlm golongan hamba2Nya yang akan mendapat naunganNya di akhirat kelak..amin


Rasululloh shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah dan memohon ampunlah kalian kepada Alloh ‘Azza wa Jalla. Karena aku sendiri setiap hari bertaubat sebanyak seratus kali." (HR Muslim dalam Shahihnya).

renungla hadis ini wahai saudaraku yg kucintai..
sedangkan Rasulullah s.a.w bertaubat kepada Allah sbyk 100 kali sehari..sedangkan beliau adlh insan yg maksum..bah kan jua seorang kekasih Allah dan sgt dicintai oleh Allah..telah Allah janjikan syurga baginya..apatah lagi kita..yg belum pasti lagi kita tergolong dlm golongan ahli syurga ataupun neraka..bisakah taubat yg satu itu ada keampunan buat kita jika yg satu itulah ditolakNya.atau mampukah taubat yg acuh tak acuh itu diangkat pengampunanNya.

lihatla kasih sayangNya pada kita hambanya..sehingga tidak ada satu tempat pun yg terkecuali apabila hambanya memohon keampunan kepadaNya..pasti diisinya dgn pengampunan.

Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,”Wahai anak Adam,selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit dan bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepada-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (HR. At-Tirmizy)

mudah2an hadith2 ini memberi manfaat buat antum dan diri ana sendiri..esok ada satu paper..final exam utk madah lughah wa tawasul..moga dipermudahkanNya..doa2 kan yea..bitaufiq wal najjah bagi sume yg menghadapi peperiksaan.

Saturday, May 5, 2007

Subahanallah..!!


Friday, May 4, 2007

Hawa..

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.



Wahai Hawa..

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa..

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg taat dan menjadi penyejuk hati, meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan itu pasti, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan yg diredhoi.

Oleh itu Hawa..

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa..

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan radho dan cinta Illahi. Jangan sesekai tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam..sedarila wahai saudariku..!!

~Dari hawa untuk Hawa~

Thursday, May 3, 2007


Penghulu Segala Hari
mudah2an dapat dimanfaatkan bersama.

1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang
berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala
dari hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian
pula." - Riwayat Ibnu Zahjadari


2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu
Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana
berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." -
-Sahih Bukhari

3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan
basuhlah kepalamu meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang
harum-harum." - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin

4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri
sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi,
maka adalah lebih baik." - Riwayat Abu Dawud

5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua
atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya
diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada
kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim

6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi
s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki.
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan
sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum!
Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.

7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai
sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud

8. Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau
malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur." -
Riwayat Ahmad & Attirmidzi


sejenak kisah sambutan hari jumaat di Morocco.

Jika dilihat di negara-negara Arab amnya dan khususnya di morocco ini,hari jumaat sgt dimuliakan oleh seluruh penduduk2 arab di sini.Disambut seperti sebuah perayaan.adat kebiasaannya bagi penduduk arab dimorocco ini apabila tiba hari jumaat,mereka akan menyediakan hidangan kuskus yg disantap secara berjemaah selepas selesai menunaikan solat jumaat."kuskus" merupakan makanan wajib bagi penduduk arab disini bila menjelangnya hari jumaat.kebiasaannya dimakan bersama sayur-sayuran sprt kobis,terung,labu,carot,kismis dan pelbagai lagi,ada juga dimakan bersama dgn ayam dan daging kambing biri2.Selain itu, terdapat juga "kuskus "yg dimasak manis .walaubagaimanapun cara masakannya,kuskus tetap menjadi salah satu juadah yg digemari ramai khususnya di morocco ini. yg menariknya disini lagi bila tiba hari jumaat,kaum hawa juga bersama-sama dgn kaum adam menunaikan solat jumaat di masjid berbeza dgn kita di malayisa yg hanya kaum adam dan sejumlah kecil shj kaum hawa yg mengimarahkan masjid pada hari jumaat.tersentuh hati tika melihat sejumlah umat islam muslimin dan muslimat disini bersama-sama menuju ke Masjid dgn memakai pakaian yg putih dan bersih,kebiasaannnya mengenakan pakaian tradisi mereka disini iaitu "jelabah"berbentuk seakan-akan jubah namun ditambah seakan-akan topi yg membolehkannya menutupi kepala.Pada hari ini juga sebarang jenis perniagaan ditutup sehinggala solat jumaat selesai dilaksanakan dan adakalanya smpai ke asar baru perniagaan2 tersebut disambung kembali.walaubagaimana carapun sambutannya,semuanya bergantung pada diri sendiri.muhasabahlah diri kita balik bagaimana kita pula sendiri yg menyambutnya.adakah bagi kita sama sahaja hari2 yg lain dgn penghulu segala hari ini..??telah Allah ciptakan dlm 7 hari seminggu terdapat satu hari yg mana telah diciptakan Allah s.w.t dgn penuh keberkatan dan rahmat di dlmnya..itula dia dinamakan sebagai"penghulu segala hari"wallahua3lam.

Monday, April 30, 2007


renunglah wahai kaumku..!!

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita yg solehah"


Wednesday, April 25, 2007

Janban Li Janbin

Dari Ibnu Abbas, ia berkata; "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiri beliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegang kepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya... (Shahih Riwayat Bukhari I/177)."

DariJabir bin Abdullah, ia berkata ; "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berdiri shalat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelah kirinya, maka beliau memegang tanganku, lantas ia memutarkan aku sehingga ia dirikan aku di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabbar bin Shakr yang langsung ia berdiri di sebelah kiri Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu beliau memegang tangan kami dan beliau mendorong kami sehingga beliau mendirikan kami dibelakangnya (Shahih Riwayat Muslim & Abu Dawud)

>>"Dalam hadits Jabir bin Abdullah tu, sewaktu datang Jabbar bin Shakhr lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menempatkan keduanya dibelakangnya. Ini menunjukan kedua sahabat itu tadinya berada di samping Nabi sejajar dengan beliau. Kemudian Nabishallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan mereka di belakangnya. Tidak akan dikatakan "Di belakang" kalau pada awalnya sahabat tadi itu tidak berada sejajar dengan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam? Apabila ma'mum dua orang atau lebih, maka barulah harus berdiri di belakang Imam”


dalam Al-Muwattha karangan Imam Malik diterangkan bahwa Ibnu Mas'ud pernah shalat bersama Umar. Lalu IbnuMas'ud berdiri dekat di sebelah kanan Umar sejajar dengannya

Dari Ibnu Abbas, ia berkata; "Aku pernah shalat di sisi/tepi Nabishallallahu 'alaihi wa sallam dan Aisyah shalat bersama kami dibelakang kami, sedang aku (berada) di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, aku shalat bersamanya (berjama'ah) (Shahih Riwayat Ahmad dan Nasa'i)”

Perkataan, "Aku shalat di sisi/tepi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam", terjemahan dari kalimat "Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam".

>>jelas dari segi bahasanya bahawa Ibnu Abbas ketika shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, dia berada di samping/sejajar dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
janbin : bahasaArab artinya, sisi, tepi, samping,
sebelah, pihak, dekat.
"janban li janbin" maka artinya :Sebelah menyebelah, berdampingan, bahu-membahu

Diriwayatkan bahwa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),"Seorang menjadi ma'mum bagi seorang, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri ?? Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi,"Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu shaf dengannya, yaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma'mum dan imam) ?"Jawab Atha'; "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada lorong antara mereka (ma'mum dan imam)?Jawab Atha' : "Ya". (Subulus Salam jilid 2 hal.31). "

Sunday, April 22, 2007

ku syukuri

ku syukuri
tiap nikmat yg kau berikan
membolehkan aku tegar berdiri
mendongak langit melihat kebesaranMu
walaupun sesekali goyah utk melangkah
namun tak pnah ku rase sepi
kerna tiap detik itu kau sentiasa disisi

kusyukuri
tiap cinta yg tersemat di jiwa
tiap belaian ibu ayah disisi
tiap kasih yg bermukim di hati
tiap sayang tulus di hati

Ya Allah
jadikanlah aku penyejuk hati ayahbonda
menjadi permata kebanggaan mereka
menjadi bentang kekuatan ibu ayah
bakal isteri solehah buat sang suami tersayang
role model wanita pendokong panji2 islam
sumber kedamaian buat keluarga tercinta


Ya Allah
aku hanya punya sekeping hati
dan yg satu inilh yg akan kuserahkan
antara dua kasih yg telah kupatri
andainya bisa ku serahkan hati ini
jadikanla kasihMu perahunya
redhoMu dayungnya
dan keberkatanmu layarnya
agar bahtera yg terbina gah di atas rahmatMu.

kusyukuri
saat azan yg berkumandang tika tangisku kedunia
saat kucupan mesra ayah bonda
saat hijab tarsarung di tubuhku
saat alquran terpacul dibibirku
saat kalimah syahadah ku laung penuh kesyukuran.

Ya Allah
suburkanlah imanku semerbak iman masyitah
setabah asiah isteri firaun
secerdik aisyah perintis generi berilmu
setaat mutiah role model isteri solehah
secekal khadijah saat suami dicanang pendusta
sebaik fatimah dismping ali karamullahu wajhu
seteguh pendirian sumaiyah hingga nyawa menjadi taruhan
sedalam cinta rabiatul adawiyah kepadaMu
dan seindah akhlak keKasihMu..Rasulullah s.a.w

kan kusyukurinya...




Tuesday, April 10, 2007

coret2

Hakekat Ujian Ini

1. Meyakini bahwa semuanya datang dari Alloh.

Alloh berfirman, yang artinya, “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Alloh.” (QS: Al Hadid: 22)

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’.” (QS: Al Baqoroh: 155-156)

Rosululloh shollallohu’alaihi wa sallam bersabda, yang artinya, “Ketahuilah, sesungguhnya apabila umat ini seluruhnya berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak akan bisa memberi manfaat kecuali yang telah Alloh tetapkan untukmu. Dan apabila mereka berkumpul untuk menimpakan bahaya kepadamu, maka niscaya mereka tidak akan mampu menimpakan kemudhorotan itu kecuali apa yang telah Alloh tetapkan untukmu.” (HR: Tirmidzi)

Dengan meyakini bahwa semua itu adalah dari Alloh Azza wa Jalla semata maka seorang mukmin akan mengembalikan semua urusannya kembali kepada Alloh, disertai keyakinan bahwa di dalamnya pasti terkandung hikmah dan pelajaran. Seorang mukmin tidak akan menjadi stres dengan adanya musibah yang menimpa dia.

2. Disebakan karena dosa dan kesalahan kita sendiri.

Alloh berfirman, yang artinya, “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (QS: Al A’rof: 23)

“Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. “ (QS: Hud: 11)

3. Pelajaran atas banyaknya dosa dan maksiat yang kita lakukan.

Alloh berfirman, yang artinya, “Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya mereka kembali (bertaubat).” (QS: Al ahqof: 27)

Ibnul Jauzi berkata, “Sebesar apa pun musibah yang datang menimpa, hal itu masih belum sebanding dengan dosa yang telah mereka kerjakan”.

4. Bukti kecintaan pada seorang hamba.

Rosululloh shollallohu’alaihi wa sallam bersabda, yang artinya, “Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Alloh suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka ridho maka Alloh ridho dan bila dia marah maka Alloh pun akan marah padanya.” (HR: Tirmidzi)

5. Menghapus sebagian dosa orang mukmin.

Rosululloh shollallohu’alaihi wa sallam bersabda, yang artinya, “Tidaklah musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Alloh akan menghapus dosanya, sekalipun musibah itu hanya tertusuk duri.” (HR: Bukhori)

“Ujian akan terus datang kepada seorang mukmin atau mukminah mengenai jasadnya, hartanya, dan anaknya sehingga ia menghadap Alloh tanpa membawa dosa.” (HR: Ahmad dan Tirmidzi)

Sebagian umat terdahulu yang sholeh berkata, “Kalaulah bukan karena musibah yang menimpa pastilah kita memasuki negeri akhirat sebagai orang-orang yang pailit”.

6. Ujian atas keimanan.

Alloh berfirman, yang artinya, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Kapankah datang pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS: Al Baqoroh: 214)

Rosululloh shollallohu’alaihi wa sallam bersabda, yang artinya, “Diantara orang-orang sebelum kalian, ada yang digalikan sebuah lubang untuknya. Ia dimasukkan ke dalamnya, didatangkan sebuah gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya dan ia pun dibelah menjadi dua. Ada juga yang disisir dengan sisir besi sampai mengelupas kulit dan dagingya. Tetapi semua itu tidak menghalangi mereka dari din mereka…” (HR: Bukhori)

ada sebab nya kita di uji,mudah2an dikuatkan iman.perancangan Allah tue sentiasa tepat kan??,berprangsangka baik dgn Allah tuela yg lebih utama.

"Allah answers prayers in 3 ways,he says yes and give u what u want.he says no and give u something better.he says wait and give u the best in his own time..!!"

okla setakat nie dulu post kali nie,skrg musim bunga kat morocco,sronokla tgok bunga2 tgh berkembang..cantik sgt (",),tetiba jea rase suke sgt tgok bunga,kagum dgn ciptaan Allah.sesungguhnya Allah tue jua suka pada sesuatu yg indah..mudah2an musim bunga nie bawa seribu satu rahmat buat diri ana dan antum semua.wallahua3lam.

Sunday, April 8, 2007

ampunkan saya mak...!!!

Assalamualaikum w.b.t..mudah2an kisah benar ini menjadi pengajaran buat kita semua..waallahua3lam..

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah enjin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

"Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya." Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar!" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit .Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran,kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

"Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " > " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

"Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, acara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila takin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. "Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. asib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan Saya."Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " ..lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk selamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya
lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan dibakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Saturday, April 7, 2007

spring intellectual village(siv)

spring intelellectual village(siv) ataupun "perkampungan intelek musim bunga 2007" merupakan program anjuran biro pendidikan & ekonomi bertempat di villa brada'ah mohammadia.Program ini telah mmberi byk pengetahuan yg amat bernilai kepada peserta2 yg terdiri dr kalangan mahasiswa/i tahun satu malaysia di morocco.

ahad-01/04/07
pop..!!! bunyi mentol terbakar dr bilik air,satu rumah black out,sume yg berada dlm rumah panic,tampil shirot sbg heroin mmbuka suiz utama rumah..alhamdulillah keadaan masih terkawal..(",)jam 8.30 pg,hujan renyai2 diluar terpaksa ku redah bersama dgn ahli bait yg lain menuju ke sebuah mahlabah yg berhampiran. selesai shj sarapan,terus ke muhammadiya dgn menaiki keretapi.10.30 pg selamat smpai kediaman pelajar akhowat mohammadiya dan terus ke villa brada'ah mengikuti majlis perasmian program oleh presiden PMMM dan sedikit ucapan dr pengarah program.2 tgh hari ceramah disampaikan oleh seorang ust arab seterusnya pada pukul 8 mlm ceramah drpd ust irdho bin mokhtar bertajuk'kaifa nata'ammul ma'a Al-turath'.majlis tamat pada jam 10.30 mlm.

isnin-02/04/07
sebelah pagi kami belajar cara utk menggunakan cd perisian oleh ust wifaq bin mokhtar,bengkel komputer oleh ust salimi bin jaafar dan kemudian cara2 mmbela paip dan membaiki lampu oleh ust Abdullah.slot ini amat berguna buat kami yg mmg sedia cetek tntg pengetahuan komp dan pembaikan.kebetulan pulak lampu bilik air terbakar,ahli baitku mndgr dgn penuh teliti..sambil menyimpan hasrat utk mngaplikasikannya di rumah.sedikit penerangan dr uts Abdullah tntg penggunaan sahonah di rumah tntg bahayanya jika meletakknnya bersama dlm satu bilik air,satu infomation yg ku rasa amat penting buat kami..kerana di rumah kami jua begitu..patutla sering pedih mata dan sesak nafas timing mnggunakan bilik air..pasnie kami kene cari jalan utk m'letakknnya berasingan kerana menurutnya prnh ada kes yg individunya sampai pengsan kerana terlalu lama menghidu gas tersebut.apa2 pun keselamatan mesti di utamakan.balik ke kediaman akhowt dlm pukul 5 petang,bergegas solat asar tanpa sempat menjamah sedikit pun menu petang yg dihidangkan oleh kak lilah aku dan ahli kumpulan ku keluar semula mencari cc terdekat utk menyempurnakan tugasan kumpulan yg diberikan dalam masa yg suntuk,beberapa hari lepas aku ke perpustakaan saudi mncari serba sedikit biografi tntg abdurrahman at talidi namun x berhasil jua.Alhamdulillah nama tokoh yg diberikan kepada kami telah ditukar kepada ibnu asyur namun pencarian kami selama hampir 3 jam tersebut tidak memuaskan kerana maklumat yg diperolehi terlalu sedikit.siap fotostat apa yg patut.kami bergegas pula ke masjid yg terdekat untk menunaikan solat mghrib kemudia terus mengikuti jemaah yg ketika itu sudah bersiap sedia utk menunaikan solat isyak.oleh kerana mse yg terlalu suntuk utk kembali semula ke villa brada'ah aku wajia dan shahirah terpaksa mengambil teksi utk kesana.mlm tue sesi perbentangan berlangsung,ada nada kecewa kerna kump kami hanya dpt mengumpul sebahagian shj biografi ibnu asyur.sedih bercmpur penat,kerana tugasan yg diberikan kepada kami x dpt dilaksanakan sebaik yg mungkin.secara positifnya byk pengajaran yg dpt diambil..perancangan yg awal itu lebih penting agar segalanya berjalan mengikut apa yg dirancang,walaubagaimanapun syabas,utk semua sahabat2 ..!!kerana masing2 memainkan peranan dlm tugasan tersebut,ukhwah makin utuh...

selasa-03/04/07
hari terakhir siv,pagi tue aku dan mutiah diberi amanah oleh kaklilah utk menyampaikan tazkirah,walaupun tanpa apa2 persediaan namun amanah yg diberikan harus dilaksanakan sebaik mungkin,mutiah mnghuraikan tntg "al-fatihah dan keutamaannya" kemudian dgn sedikit ilmu di dada aku memulakan tazkirah berkenaan "ikhlas" kemudian beberapa kisah2 islam yg boleh di kutip pengajaran drnya termasuk sedikit isu2 semasa tntg pengaruh ajaran kristian yg makin menular di Malaysia.sedikit sbyk mmpu menarik minat sahabat2 dan pengisian buat diri kami sendiri jua sahabat2 yg lain.selesai sarapan kami bertolak ke pantai,mase yg diberikn tersasar dr yg sepatutnya.ats kelewatan kami sume ahli kumpulan dimarahi.sedey melihat beberapa org sahabat ku diperlakukan pada perkara yg x sepatutnya.ada nada kesal dlm diri.."Kalo kita ikhlas dlm setiap sesuatu i'Allah bila kita diuji dgn sesuatu perkara,kemaafan itu mudah utk diberikan kerana ats dasar niat yg satu utk mencari keredhoaan Allah s.w.t hatta dlm persahabatan"baru shj aku menuturkannya pg itu,saat itu jua aku dan shbt di uji.betulla apa org slalu kata"kalo kita berani utk tuturkan sesuatu yg baik,org yg paling hebat Allah uji adalah diri sendiri".aktiviti di pantai slot yg paling seronok skali.da lama x tgok pantai secantik tue..kat rabat nie pantai dia berbatu-batu..timing slot adakah ku mengenalimu,dtg seorg pemuda bawak sejambak bunga..baik btul dia tolong kutipkan bunga kat pantai tue nk kasi kitaorg..pastue dgn berbesar hatinya dia kasi kitaorg tumpang ambil wuduk' kat rumah kediaman yg bertentangan ngan pantai tue..cantik sgt pemandngan pantai dr ats,hepi sgt dok pantai hari tue..da lme x ada aktiiti santai cmnie ngan akhowat yg lean..mane x nya nak g muhammadiya susah skitt sbb class full so timing nie la nk jumpa ngan diorag..malam tue mjlis penutupan utk siv kali ke3 nie..maka tamatla program kami di sini,sedey gak nak tinggalkan muhammadiya..keesokkan harinya aku,kakfie,kakde ngan dila ke casablnca..sronoknya jln2 kat sane2..best sgt..sehari lagi kami menetap di muhammadiya,keesokkan harinya baru pulang ke rabat.petang tue kami ke madinah kerana ada perkara yg perlu diselesaikan sblm kuliyyah bermula.pe2 pun siv ke3 merupakan pengerat ukhwah antr sume mahasiswi/a dr seluruh wilayah yg terlibat.moga diteruaskan utk thn2 yg mendatang,bukan shj mmberi input berguna ttp menjadi pengikat ukhwah antr semua.ukhwah kian tersimpul..