CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

Wanita, kerjaya & masa depan islam

Topik: Wanita, kerjaya dan masa depan islam

Tempat : Confrence [ yahoo mesengger ]

Penglibatan : Akhowat Maghribi


Tarikh 19/01/09 yang lalu dibuat Usrah Online bertajuk wanita, kerjaya dan masa depan islam. Isu perbincangan berkisar tentang wajar ke x wanita bekerja?? & peranan wanita kepada ummah.

Sekilas wanita, kerjaya dan masa depan islam.

Wanita boleh bekerja asalkan mendapat persetujuan suami yang paling utama, dan terdapat beberapa etika ataupun syarat2 yang disepakati ulama bagi wanita yang bekerja click! . Islam tidak menyekat kebebasan setiap individu, baik lelaki mahupun wanita, setiap aturan islam itu sangat cantik jika kita fahami hikmah yang tersirat. Bagi wanita yang bekerja untuk meringankan beban suami atau keluarganya merupakan suatu penghargaan yang sangat besar kepada mereka. Cuba anda fikirkan? berapa banyak pekerjaan yang dia lakukan dalam satu hari.. memenuhi keperluan majikan, anak-anak, suami, rumah dan sebagainya..[ mampukah dilakukan oleh insan biasa ?? ]. Wanita fitrahnya lembut namun mampu mengendong bebanan sehebat itu. Kebanyakkan yang bekerja adalah untuk membantu meringankan bebanan suami mahupun keluarga dan ada yang bekerja sekadar memenuhi keinginan peribadi. Selayaknya bagi wanita itu adalah di " rumah", jika bekerja sekadar untuk memenuhi keinginan peribadi itu bukanlan satu alasan yang kukuh dan wajar untuk anda bekerja, namun jika sebaliknya binalah perbincangan yang baik. Satu perkara yang kita terlepas pandang tentang pendidikan dan tarbiah anak-anak " generasi yang baik adalah dari asuhan tangan yang baik" . Wanita yang bekerja itu bukanlah bermakna urusan nafkah itu telah bertukar tangan kepada isteri, sehingga dengan tanpa apa-apa perasaan suami merelakan si isteri yang menanggung perbelanjaan seharian keluarga. " bila tidak faham urusan nafkah itu tanggungjawab siapa maka masyarakat akan menjadi kelam kabut". Ada yang berpandangan kerana mahukan persamaan taraf antara wanita dan lelaki dalam pelbagai aspek, islam sendiri tidak membezakan diantara lelaki dan wanita..fenomena" tendency" ini wujud dalam masyarakat kita pada hari ini. Hakikatnya, Allah subahanahu wa taala meletakkan segala sesuatu sangat sesuai mengikut fungsi dan fitrah ia diciptakan. "Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita" (AI Baqarah : 187).




* Reminder : Usrah Online Hawa Maghribi : Isnin depan 2/02/09 [ mutiah akan lead pula, mekasih mutiah..=) ]

* To Nabila akak x tau awk baca atau x offline msg akak, akak fikir mybe awk sibuk..insyaAllah UO akan datang awak atau kak syirut akan lead pula k [ syirut kamu ada tugasan esok sebab tue k.tie tangguhkan dlu yg kamu =) ]



Friday, January 30, 2009

kembali & " Forum Hawa Rabat "

Assalamualaikum warohmatullahi taala wabarokaatuh..

Kembali untuk rehat yang panjang dari dunia blogger. Ramai yang bertanya sebab apa berhenti menulis?? [ sangat banyak sebab, sukar untuk diungkapkan ]

Kembali semula ber " blog" sebab utamanya nak salurkan info-info tentang Usrah dan perkongsian2 lain yang dirasakan sesuai, InsyaAllah. Disebabkan malas nak buat baru jadinya korang kene terima tapak lama ini yang tidak langsung diberi nafas baru seperti blog2 anda semua, jadinya ini sahajala yang seadanya [ mudah+x yah susah2 nak fikir ]. InsyaAllah segala info akan dimuatkan di sini, apa2 komen @ pandangan sangatla dialu-alukan.

* to Anak2 Usrah : pasnie rajin2 lawat sini tgok info2 usrah k [ insyaAllah k.tie cuba update ]
* terus mantain dgn usrah2 wilayah masing2
* Untuk Usrah Rabat : prepare memolek untuk forum hawa ahad nie. [ bukan ingin mencari team mne yg terbaik tapi pengisiannya yang lebih utama, InsyaAllah ]

Sedikit info tentang " Forum Hawa " Rabat :

Tempat : Villa Himayatul Lu'Luah
Tarikh : 1/02/09- Ahad
Masa : 9.30-12.00 tgh hari
Penglibatan : Muslimat Only! Akhowat dari wilayah lain boleh pakat2 datang, kalo x dpt dtg boleh tonton melalui webcame atau dengar melalui confrence k. [ sila buzz k.tie @ syirut pd hari tersebut utk lihat forum ]


Perjalanan Program :

Forum ini dipecahkan kepada 2 buah kumpulan, perwakilan setiap team 4 orang [ sudah di undi - tanpa spr ] tajuk bagi VK : berdasarkan surah al-ahzab ayat ke 33 berkenaan dgn tabarruj, untuk himayatul lu'luah pula ayat 59 surah yg sama tentang pakaian yg menutup aurat.

* Perjalanan forum lebih kepada " teamwork", terpulangla pada antunna semua nak hasilkan persembahan macam mne..jgn bertukar forum jadi nasyid dan sebagainya dahla..

contohnye:

1) boleh buat tema

2) bentuk persembahan yang kreatif

3) demo, selingan lakonan, atau apa2 sahajalah yg dirasakan sesuai dan tidak melanggar syara'

Kita buat santai2 gitu, xde formal2 sgt..mse diperuntukkan dlm 45 minit lebih sikit pun xpe..bagi yang dinobatkan sebagai ahli panel dan pengerusi..tahniah..slmt membuat research, cari2 bahan..tambah2 info dan maklumat..[ sgt banyak kebaikan untuk anda2 yg ter" undi ] utk yg x ter"undi.. sedia2 juga..! anda mungkin menjadi sasaran pada hari tersebut Jadi kesimpulannya, semua terlibat di dalam Forum ini.

~ p/s : untuk naqibah dari daerah lain, boleh wujudkan forum juga ditempat anda, maklumkan waktu dan pengisian, bagi yang berkesempatan untuk hadir memeriahkan lagi majlis, marhaban!