CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 3, 2007


Penghulu Segala Hari
mudah2an dapat dimanfaatkan bersama.

1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang
berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala
dari hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian
pula." - Riwayat Ibnu Zahjadari


2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu
Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana
berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." -
-Sahih Bukhari

3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan
basuhlah kepalamu meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang
harum-harum." - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin

4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri
sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi,
maka adalah lebih baik." - Riwayat Abu Dawud

5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua
atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya
diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada
kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim

6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi
s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki.
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan
sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum!
Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.

7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai
sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud

8. Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau
malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur." -
Riwayat Ahmad & Attirmidzi


sejenak kisah sambutan hari jumaat di Morocco.

Jika dilihat di negara-negara Arab amnya dan khususnya di morocco ini,hari jumaat sgt dimuliakan oleh seluruh penduduk2 arab di sini.Disambut seperti sebuah perayaan.adat kebiasaannya bagi penduduk arab dimorocco ini apabila tiba hari jumaat,mereka akan menyediakan hidangan kuskus yg disantap secara berjemaah selepas selesai menunaikan solat jumaat."kuskus" merupakan makanan wajib bagi penduduk arab disini bila menjelangnya hari jumaat.kebiasaannya dimakan bersama sayur-sayuran sprt kobis,terung,labu,carot,kismis dan pelbagai lagi,ada juga dimakan bersama dgn ayam dan daging kambing biri2.Selain itu, terdapat juga "kuskus "yg dimasak manis .walaubagaimanapun cara masakannya,kuskus tetap menjadi salah satu juadah yg digemari ramai khususnya di morocco ini. yg menariknya disini lagi bila tiba hari jumaat,kaum hawa juga bersama-sama dgn kaum adam menunaikan solat jumaat di masjid berbeza dgn kita di malayisa yg hanya kaum adam dan sejumlah kecil shj kaum hawa yg mengimarahkan masjid pada hari jumaat.tersentuh hati tika melihat sejumlah umat islam muslimin dan muslimat disini bersama-sama menuju ke Masjid dgn memakai pakaian yg putih dan bersih,kebiasaannnya mengenakan pakaian tradisi mereka disini iaitu "jelabah"berbentuk seakan-akan jubah namun ditambah seakan-akan topi yg membolehkannya menutupi kepala.Pada hari ini juga sebarang jenis perniagaan ditutup sehinggala solat jumaat selesai dilaksanakan dan adakalanya smpai ke asar baru perniagaan2 tersebut disambung kembali.walaubagaimana carapun sambutannya,semuanya bergantung pada diri sendiri.muhasabahlah diri kita balik bagaimana kita pula sendiri yg menyambutnya.adakah bagi kita sama sahaja hari2 yg lain dgn penghulu segala hari ini..??telah Allah ciptakan dlm 7 hari seminggu terdapat satu hari yg mana telah diciptakan Allah s.w.t dgn penuh keberkatan dan rahmat di dlmnya..itula dia dinamakan sebagai"penghulu segala hari"wallahua3lam.

0 comments: